Pesanan

Kpd pemilik2 blog @ pembaca yg setia @ yg baru je singgah sini...

Sekiranya anda memiliki karya yg ingin dil
inkkan disini @ blog kawan yg ada cerita2 hebat utk dikongsikan @ tetiba ada terjumpa blog yg best2 bangat boleh bgtau sy kat c-box @ FB sy.

Kpd pemilik blog sekiranya anda ingin
private kan blog anda jgn lupa maklumkan kpd sy supaya tiada salah faham berlaku..
@ anda boleh maklumkan pd blog anda sendiri sekiranya anda tidak suka blog anda dilinkkan oleh org lain....sy mghormati keputusan anda sbb blog anda adalah hak anda, anda yg menentukannya...


---->>>SENYUM 1 MALAYSIA

Penaja

Foto saya
Dr.LoVe..BUKANNYA DOKTOR PAKAR PERCINTAAN TAPI HANYA INSAN YANG INGIN MERAWAT HATI DENGAN BERKONGSI RASA CINTA PADA KARYA-KARYA CINTA, ROMANTIK DAN KREATIF DARIPADA PENULIS-PENULIS YANG HEBAT LAGI TERBAIK. - Dr.LoVe

Jumaat, 4 Jun 2010

SINETRON : Benci Bilang Cinta


Astro Ria (Saluran 104)
Hari : Selasa - Jumaat
Pukul : 6.30 Petang-7.30 Petang
Tayangan Ulangan : 11.00 Malam - 12.00 Pagi
Pelakon :

Baim Wong - Dimas Subekti
Marshanda - Winda
Rio Riefan - Aditya
Kirana Lastari - Claudia
Umar Lubis - Darian Subekti

Berikut adalah sinopsis Benci Bilang Cinta :

Dimas Subekti seorang pemuda yang sombong dan mempunyai kehidupan yang sempurna serta menjadi kegilaan para remaja merupakan pewaris Bagio Group yang sangat berkuasa dan kaya-raya. Dimas harus menikahi Winda seorang gadis miskin yang cantik tetapi mempunyai perwatakan keanak-anakkan dan sentiasa ceria walaupun sentiasa menerima pelbagai cabaran . Ini adalah kerana dia harus memenuhi amanat dan perjanjian antara almarhum Jendral Subagio Subekti (Datuk Dimas) puluhan tahun dulu dengan ayahnya Kuncoro (Datuk Winda). Dimas sendiri sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati yang bernama Claudia, seorang yang bercita-cita menjadi penari balet professional dan telah meninggalkan Dimas untuk mengejar cita-citanya. Sementara itu ada seorang pemuda yang bernama Aditia yang sebenarnya pewaris utama Bagio Group. Aditia merupakan anak kepada Darmawan Subekti (Bapa saudara Dimas) dengan Anyelir. Tetapi ketika Darmawan meninggal dunia, Anyelir dan Aditia disuruh meninggalkan Indonesia kerana Subagio mengetahui bahawa Anyelir pernah mempunyai hubungan sulit dengan Darian adiknya Darmawan. Setelah 15 tahun tinggal di luar negara, Aditia pulang ke Indonesia kerana Anyelir ingin merebut kembali hak Aditia sebagai pewaris Bagio Group. Aditia seorang anak yang baik dan tidak pernah memikirkan untuk merebut kembali haknya sebagai pewaris Bagio Group. Winda merupakan teman baik Aditia dan belajar satu kampus.

Winda benar-benar mengalami kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan keluarga besar Subagyo. Walaupun sentiasa dilimpahi kemewaaan dan mendapat layanan yang bagus daripada pembantu-pembantu keluarga Subagyo, Winda sentiasa merasa kesepian dan merindui keluarganya. Hanya Aditia yang sentiasa menghiburkan hatinya dan sering ada disisinya bila diperlukan. Sebenarnya, dalam diam-diam Aditia telah jatuh cinta dengan Winda dan sanggup melakukan apa sahaja demi Winda. Selain itu, watak Claudia sebagai bekas kekasih Dimas menjadi penghalang perhubungan Dimas dan Winda. Claudia terpaksa korbankan cita-citanya demi merebut kembali hati Dimas.

1 ulasan:

Cerpen/Novel - Jld. 1

Cerpen/Novel - Jld. 2

Kekawan

Koleksi Novel Milikku

  • Adam & Hawa (Aisya Sofea - Alaf21)
  • Angin Dingin Dari Utara (Siti Hazneza Abdul Hamid - CESB)
  • Biarlah YM Berbicara (Hanni Ramsul - Kaki Novel)
  • Bukan Cinta Biasa (Izzul Izzati - Kaki Novel)
  • Bukan Terlarang (Nur Hazma - Tintarona)