Pesanan

Kpd pemilik2 blog @ pembaca yg setia @ yg baru je singgah sini...

Sekiranya anda memiliki karya yg ingin dil
inkkan disini @ blog kawan yg ada cerita2 hebat utk dikongsikan @ tetiba ada terjumpa blog yg best2 bangat boleh bgtau sy kat c-box @ FB sy.

Kpd pemilik blog sekiranya anda ingin
private kan blog anda jgn lupa maklumkan kpd sy supaya tiada salah faham berlaku..
@ anda boleh maklumkan pd blog anda sendiri sekiranya anda tidak suka blog anda dilinkkan oleh org lain....sy mghormati keputusan anda sbb blog anda adalah hak anda, anda yg menentukannya...


---->>>SENYUM 1 MALAYSIA

Penaja

Foto Saya
Dr.LoVe..BUKANNYA DOKTOR PAKAR PERCINTAAN TAPI HANYA INSAN YANG INGIN MERAWAT HATI DENGAN BERKONGSI RASA CINTA PADA KARYA-KARYA CINTA, ROMANTIK DAN KREATIF DARIPADA PENULIS-PENULIS YANG HEBAT LAGI TERBAIK. - Dr.LoVe

Rabu, 12 Januari 2011

pasangan bahagia.....

jom baca artikel pasal pasangan bahagia ni...banyak rahsia yg ingin dikongsikan dengan pengalaman 50 tahun berkahwin...renung2kan lah dan selamat beramal....


SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.


>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf

1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)

Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.

sumber : myMetro

Khamis, 6 Januari 2011

Novel-novel Baru

TAJUK : AKULAH CINDERELLA
NAMA PENA : NOZI DANISYA
TERBITAN : KAKI NOVEL
ISBN: 978-967-5067-66-2
SEMENANJUNG : RM 18 AHLI KN: RM 14
SABAH/SARAWAK: RM 21 AHLI KN: RM 17

Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?

“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”

“Apa dia? Aku buat apa?”

“Kau luku kepala aku tu kenapa?”

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?

‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.
TAJUK : HATI BILA CINTA
NAMA PENA : LYNN ALLYNA
TERBITAN : KAKI NOVEL
ISBN :
978-967-5067-64-8
SEMENANJUN
G : RM 20 AHLI KN: RM 16
SABAH/SARAWAK : RM 23 AHLI KN: RM 19

Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya.
Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.

Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kat

a-kata yang sama?

TAJUK : DOSA SEMALAM
NAMA PENA : ADILLA TASHA
TERBITAN : KAKI NOVEL
ISBN :
978-967-5067-50-1
SEMENANJUN
G : RM 19 AHLI KN: RM 15
SABAH/SARAWAK : RM 22 AHLI KN: RM 18

Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim.
Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….


TAJUK : DOKTOR CINTA
NAMA PENA : DYADILA
TERBITAN : KAKI NOVEL
ISBN :
978-967-5067-67-9
SEMENANJUN
G : RM 26 AHLI KN: RM 22
SABAH/SARAWAK : RM 29 AHLI KN: RM 25


Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata….

Sinopsis:

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berka
hwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi
Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata lase
r saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

TAJUK : IMAN SURAYA
NAMA PENA : AREILA SAHIMI
TERBITAN : KAKI NOVEL
SEMENANJUNG : RM 19
SABAH/SARAWAK : RM 22


Sinopsis:

Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan. Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya. Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Akur. Dia jatuh cinta untuk kali kedua.

Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.

Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....




TAJUK : CINTA DARI ISTANA
NAMA PENA : ADAH HAMIDAH
TERBITAN : FAJAR PAKEER


SUDAH SELAYAKNYA SEORANG PUTERI MAHKOTA JATUH CINTA DENGAN PUTERA RAJA, TAPI YANG MENJADI MASALAHNYA IALAH PUTERA RAJA YANG BERJAYA MEMIKAT HATI PUTERI MAHKOTA ITU BUKANLAH DARI KALANGAN KERABAT DIRAJA, SEBALIKNYA DARI GOLONGAN RAKYAT BIASA. PENDEK CERITA PUTERA RAJA RAKYAT BIASA! JADI, MANA MUNGKIN TUAN PUTERI NAK MENGAKUKAN!

“Kenapa gabra sangat ni? Jantung awak berdegup laju ya?” Ra’if Arjuna mula bersuara. Kali ini aku dapat melihat jelas senyuman pada bibirnya.
“Tidak!” Segera aku menyangkal.
“Atau ada rasa pening, macam nak pitam? Gemuruh satu badan, betul tak? Nafas rasanya tersekat-sekat? Sah! Memang sah yang awak dah jatuh cinta dengan saya, kan?”
Aku memejamkan mata, tidak bersedia untuk mendengar kalimah-kalimah cinta. Belum cukup berani memberikan hati kepada lelaki itu. Isy, merepek!
“Abang Arjuna, maafkan Piya, sebenarnya Piya masih belum bersedia lagi untuk itu.” Jujur, aku berterus terang.
“Mustahil! Mak cakap Piya dah bersedia.”
“Bersedia? Bilakah masanya Piya mengatakan begitu pada mak cik?” Segera aku membidas pernyataan yang tiada bukti kukuh itu. Hati bertambah resah.
“Abang Arjuna, sememangnya itulah kenyataannya. Piya tidak pernah bersedia untuk semua itu. Hati Piya masih belum terbuka untuk menerima cinta daripada sesiapa juga. Maka, janganlah Abang Arjuna terus memaksa Piya,” pinta aku tanpa memandang wajah Ra’if Arjuna.
“Apa yang awak merepek ni, Piya? Awak ingat saya suka kat awak ke? Helo, tolonglah jangan berangan yang bukan-bukan boleh tak? Bila mak saya cakap, saya suka kat awak pagi tadi, awak pun terus percaya, kan? Tolong jangan merepek. Itu tak akan terjadi! Mak cakap, awak dah reti buat air, jadi saya nak awak siapkan saya secawan Nescafe. Itu saja! Takkan itu pun awak masih tak reti nak buat?” Gelak Ra’if Arjuna akhirnya meletus, jelas kuat kedengaran.
Sempat juga aku memandang Ra’if Arjuna sekilas sebelum berlalu mendapatkan anak tangga dengan langkah yang laju bila saja laluanku tidak lagi dihalang Ra’if Arjuna. Cis! Sanggup Ra’if Arjuna mempermain-mainkan beta!

MALU! SEJAK DARIPADA ITU, TUAN PUTERI DAPAT MERASAKAN BAHAWA SIMPTOM-SIMPTOM CINTA SEPERTI YANG DIPERKATAKAN OLEH RA’IF ARJUNA MEREBAK DALAM HATINYA. TUAN PUTERI NYATA SUDAH JATUH CINTA! TIDAK LAGI KISAH WALAUPUN RA’IF ARJUNA, BERSTATUSKAN DUDA. BILA CINTA, SEMUANYA TIDAK MENJADI APA, HATI TUAN PUTERI YAKIN DENGAN IKLAS CINTANYA. TAPI TUAN PUTERI LUPA, TEPUK SEBELAH TANGAN TETAP TIDAK AKAN MENGHASILKAN BUNYI WALAUPUN DIA BERTARAF PUTERI RAJA...

“Sejak kebelakangan ni saya tengok mak saya macam nak satukan kita berdua. Jadi kalau boleh, saya tak nak itu berlaku.” Lancar saja kata-kata itu keluar dari mulut Ra’if Arjuna.
“Tapi mengapa?” soal aku perlahan.
“Jangan kata Piya, kalau tuan puteri datang depan saya sekalipun, saya tetap tak akan berganjak daripada keputusan ni sampai bila-bila. Saya tak nak mengkhianati cinta arwah isteri saya. Terlalu banyak dia korbankan semata-mata ingin memberikan saya kebahagiaan.”
Tertunduk aku mendengar pengakuan itu.
“Piya bukanlah orang pertama yang cuba disatukan dengan saya. Sebelum ni pun dah ramai dah, tapi tak ada satu pun yang berjaya. Jadi saya sekadar nak ingatkan Piya, apa saja yang mak saya katakan pada Piya, jangan Piya bersetuju kerana takkan mendatangkan hasil. Piya buat kerja Piya macam biasa dan saya akan kekal sebagai majikan Piya sampai bila-bila.”
Kurang sopan! Dengan teganya Ra’if Arjuna reject beta, puteri Sri Alamar! Rasa tidak puas hati muncul lagi. Mungkin akulah satu-satunya puteri di alam fana ini yang kena reject cintanya. Oleh rakyat biasa pula tu! Sungguh tidak aku berpuas hati!

TUAN PUTERI PANAS HATI BILA RA’IF ARJUNA TERLEBIH DAHULU MENGHUMBAN CINTANYA SEBELUM SEMPAT ADA LUAHAN CINTA DARIPADA DIRINYA. TUAN PUTERI KECEWA, NAMUN HATINYA SENTIASA SAJA DAPAT MERASA TITIS-TITIS KASIH BUAT RA’IF ARJUNA. APABILA RAHSIA HATI RA’IF TERBONGKAR, TUAN PUTERI BUKAN MAIN SUKA. CUMA TUNGGU MASA MENDENGAR RA’IF MENGESAHKAN SEGALA. TAPI RA’IF LAIN PULA CERITA, TIDAK MAHU MENYUARAKAN RASA HATINYA. TIADA KEBERANIAN ATAU MUNGKIN SENGAJA MEMBUAT TUAN PUTERI TERTANYA-TANYA?

“Piya!” Ra’if Arjuna memanggilku sebaik saja aku ingin berjalan memasuki rumah. Aku menoleh kepadanya yang sudah beberapa tapak aku tinggalkan.
“Saya ada hal nak cakap sikit.” Suara Ra’if Arjuna sedikit bergetar. “Sebenarnya saya...” Sukar benar dia mengeluarkan kata. Dia tertunduk dengan katanya yang tersekat-sekat itu.
“Apa sebenarnya, Abang Arjuna?” Aku sergah saja dirinya dengan persoalan itu apabila tidak tahan menunggu lama di situ.
“Saya saja nak bagi tahu yang saya dah hantar nasi goreng tadi. Yang awak serius sangat tu kenapa?” Laju pula Ra’if Arjuna mengeluarkan kata-kata itu.
Aku pula yang menjadi malu. Ingatkan tadi, Raif Arjuna ingin membuat pernyataan rasmi tentang cintanya. Cis, buat dada beta bergetar sahaja, getusku dalam hati.

TAKDIR MENENTUKAN SEGALA. DI HARI KELAHIRAN TUAN PUETRI YANG DIREKA-REKA, RA’IF ARJUNA MELAMAR RASA..

“Rasa kasih buat Abang Arjuna. Piya sungguh bahagia. Cuma satu yang Piya ingin Abang Arjuna tahu.” Aku menarik nafas seketika sebelum menyambung kata.
“Piya hadir dalam hidup Abang Arjuna bukanlah untuk menggantikan tempat Warda di hati Abang Arjuna. Asalkan Piya dapat duduk menumpang di hati Abang Arjuna, itu sudah memadai walaupun kedudukan Piya tidak sebaris dengan tempat Warda di hati Abang Arjuna. Jadi tidak perlulah Abang Arjuna merasakan bahawa kehadiran Piya akan menggugat cinta Abang Arjuna pada Warda kerana Piya tahu Abang Arjuna mencintai Warda terlebih dahulu. Anggap sajalah Piya hanya serpihan-serpihan cinta Warda yang masih tertinggal untuk Abang Arjuna.” Aku meluahkan segala apa yang terpendam selama ini.
“Tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Warda di hati saya. Tapi itu bukan bermakna Piya tidak mempunyai tempat di hati saya. Piya sebenarnya sudah lama mendapat tempat yang cukup istimewa di hati saya. Cuma selama ini, saya yang enggan mengakuinya. Kononnya mempertahankan cinta kepada Warda. Tapi saya terlupa, cinta itu adalah milik Allah, bila Allah menghendaki untuk menyerahkan cinta itu kepada saya. Saya takkan mampu menolaknya, walau apa jua caranya. Piya tak perlu menggantikan Warda kerana Piya bukan pengganti tetapi Piya sebenarnya adalah penawar kepada kesunyian hati saya. Penawar yang sentiasa saya perlukan di sisi.”
Hampir saja menitis air mata bila Ra’if Arjuna berbicara daripada hatinya. Rasa seperti istana cinta kami sudah siap terbina. Jejantas angkasa umpama penghubung cinta aku dan Ra’if Arjuna. Cinta yang dulunya cuba aku elak dan cuba aku sangkal atas alasan darjat dan kedudukan. Kononnya aku tidak mahu mengulangi jalan cerita yang telah almarhum ayahanda lalui. Berkahwin dengan rakyat biasa, yang akhirnya hanya menimbulkan dendam.

CINTA BERSEMI UMPAMA OASIS KASIH YANG KIAN MENGHEMBUS MENIUPKAN BAHAGIA. NAMUN, YANG NAMANYA RAHSIA, TETAP AKAN PECAH AKHIRNYA. YANG BERNAMA PUTERI MAHKOTA TAK MUNGKIN PULA MENJADI RAKYAT BIASA. RA’IF ARJUNA BENAR-BENAR MARAH, MELEBIHI MURKA SANG RAJA!

“Abang Arjuna, tidak bolehkah Abang Arjuna memaafkan Piya? Tidak bolehkah Abang Arjuna padamkan rasa marah itu dengan cinta ikhlas Piya kepada Abang Arjuna? Piya akan menderita tanpa Abang Arjuna di sisi.” Aku menarik baju Ra’if Arjuna. Menggenggam kuat bajunya yang sempat aku capai itu. Kini air mataku menitis kembali.
“Jangan berani sebut pasal penderitaan. Siapa yang menderita sebenarnya? Saya atau awak? Kenapa berbohong? Mempermainkan hati dan perasaan saya? Awak sendiri tahu kan apa yang dah jadi pada mak saya? Macam mana kalau orang tua tu tahu semua ini? Apa pula yang saya nak cakapkan pada Puteri bila dia bertanyakan awak? Kononnya Aduka tu abang kandung awak, padahal...” Ra’if Arjuna ketawa sinis.
“Sudahlah, saya tak mahu merampas apa-apa daripada orang lain. Cukuplah, Piya, dengan semua tipu daya awak selama ini. Pergilah... Jangan sekali-kali datang lagi ke sini. Mulai hari ini, saya tak pernah kenal awak. Cinta saya pada awak dah mati!” Ra’if Arjuna menggenggam erat tangannya. Hatinya yang bergelora jelas ketara.
Aku faham benar maksudnya itu dan aku tahu aku tidak akan dapat apa-apa lagi di situ. Orang istana yang lain sudah mula bergerak keluar mengikut arahan Dato’ Andika. Dato’ Andika menghampiriku dan memandangku dengan penuh pengharapan, agar aku faham bahawa aku sudah tidak dialu-alukan lagi di rumah itu.

PERPISAHAN MENYEKSA JIWA. TUAN PUTERI DIBUANG JAUH DARIPADA KASIH DAN CINTA RA’IF ARJUNA. MARAH DAN BENCI MENJARAKKAN, TAPI RINDU SENTIASA MENDEKATKAN. NAMUN TAKDIR YANG ESA, TIADA SIAPA YANG MAMPU MENCAMPURINYA. PERTEMUAN YANG SEPATUTNYA MEMBAHAGIAKAN TUAN PUTERI TELAH MENJADI NOKTAH CINTA YANG MEMERITKAN HATI...

“Puteri Mahkota Nur Shaafiah... tunggu!”
Terdengar jeritan Ra’if Arjuna memanggilku dengan gelaran itu, menjadikan aku semakin sakit hati. Ternyata sudah Ra’if Arjuna luputkan semua kenangan dan ingatan yang mendasari hati selama ini.
“Puteri apa khabar?” Ra’if Arjuna mula bersuara.
Titisan air jernih mengalir lagi saat suara yang terlalu lama aku rindukan terdengar di telinga. Serasa seperti kebahagaiaan mula menyapa mesra. Namun apa gunanya aku terus terperangkap dengan kebahagiaan sementara itu. Sudah jelas dan nyata, aku tidak boleh mengharap apa-apa lagi detik keindahan bersamanya. Dengan semua yang telah berlaku, aku harus juga belajar untuk memahami segalanya.
“Usahlah Abang Arjuna bertanyakan perkhabaran Piya lagi buat selama-lamanya. Kebahagiaan mahupun penderitaan yang Piya lalui, sudah tidak ada kaitannya dengan Abang Arjuna. Apa pun, rasa kasih atas hukuman yang Abang Arjuna jatuhkan pada Piya. Hukuman ini akan Piya jadikan pengajaran yang cukup berharga buat selama-lamanya. Abang Arjuna teruslah berbahagia.” Aku luahkan apa yang aku rasa. Aku tahu dia sedang berbahagia.

APA YANG TERJADI SEBENARNYA? MENGAPA TUAN PUTERI MENJAUH RASA? ADAKAH KECEWA BERSARANG DI JIWA ATAU DERITA YANG MENGHAMBAT CINTA? SIAPA YANG PALING LAYAK MERAJUK DAN SIAPA PULA YANG PATUT MEMUJUK? TUAN PUTERI ATAU RA’IF ARJUNA? PERSOALANNYA, PANTASKAH TUAN PUTERI MELEPASKAN ISTANA DAN HIDUP DENGAN RAKYAT BIASA HANYA KERANA SEBUAH CINTA?

KESUDAHANNYA HANYA TERTULIS DI DALAM NOVEL CINTA DARI ISTANA! DAPATKANNYA DI PASARAN!!!

Cerpen/Novel - Jld. 1

Cerpen/Novel - Jld. 2

Cerpen/Novel Seram

Kekawan

Koleksi Novel Milikku

  • Adam & Hawa (Aisya Sofea - Alaf21)
  • Angin Dingin Dari Utara (Siti Hazneza Abdul Hamid - CESB)
  • Biarlah YM Berbicara (Hanni Ramsul - Kaki Novel)
  • Bukan Cinta Biasa (Izzul Izzati - Kaki Novel)
  • Bukan Terlarang (Nur Hazma - Tintarona)