Pesanan

Kpd pemilik2 blog @ pembaca yg setia @ yg baru je singgah sini...

Sekiranya anda memiliki karya yg ingin dil
inkkan disini @ blog kawan yg ada cerita2 hebat utk dikongsikan @ tetiba ada terjumpa blog yg best2 bangat boleh bgtau sy kat c-box @ FB sy.

Kpd pemilik blog sekiranya anda ingin
private kan blog anda jgn lupa maklumkan kpd sy supaya tiada salah faham berlaku..
@ anda boleh maklumkan pd blog anda sendiri sekiranya anda tidak suka blog anda dilinkkan oleh org lain....sy mghormati keputusan anda sbb blog anda adalah hak anda, anda yg menentukannya...


---->>>SENYUM 1 MALAYSIA

Penaja

Foto saya
Dr.LoVe..BUKANNYA DOKTOR PAKAR PERCINTAAN TAPI HANYA INSAN YANG INGIN MERAWAT HATI DENGAN BERKONGSI RASA CINTA PADA KARYA-KARYA CINTA, ROMANTIK DAN KREATIF DARIPADA PENULIS-PENULIS YANG HEBAT LAGI TERBAIK. - Dr.LoVe

Jumaat, 21 Mei 2010

Kuliah Jumaat


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang..
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (seperti yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu, begitulah kelebihannya yang Allah beri.

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut ' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala ' lamin .."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerpen/Novel - Jld. 1

Cerpen/Novel - Jld. 2

Kekawan

Koleksi Novel Milikku

  • Adam & Hawa (Aisya Sofea - Alaf21)
  • Angin Dingin Dari Utara (Siti Hazneza Abdul Hamid - CESB)
  • Biarlah YM Berbicara (Hanni Ramsul - Kaki Novel)
  • Bukan Cinta Biasa (Izzul Izzati - Kaki Novel)
  • Bukan Terlarang (Nur Hazma - Tintarona)