Pesanan

Kpd pemilik2 blog @ pembaca yg setia @ yg baru je singgah sini...

Sekiranya anda memiliki karya yg ingin dil
inkkan disini @ blog kawan yg ada cerita2 hebat utk dikongsikan @ tetiba ada terjumpa blog yg best2 bangat boleh bgtau sy kat c-box @ FB sy.

Kpd pemilik blog sekiranya anda ingin
private kan blog anda jgn lupa maklumkan kpd sy supaya tiada salah faham berlaku..
@ anda boleh maklumkan pd blog anda sendiri sekiranya anda tidak suka blog anda dilinkkan oleh org lain....sy mghormati keputusan anda sbb blog anda adalah hak anda, anda yg menentukannya...


---->>>SENYUM 1 MALAYSIA

Penaja

Foto saya
Dr.LoVe..BUKANNYA DOKTOR PAKAR PERCINTAAN TAPI HANYA INSAN YANG INGIN MERAWAT HATI DENGAN BERKONGSI RASA CINTA PADA KARYA-KARYA CINTA, ROMANTIK DAN KREATIF DARIPADA PENULIS-PENULIS YANG HEBAT LAGI TERBAIK. - Dr.LoVe

Rabu, 2 Jun 2010

Siri 49

KARYA NOVEL @ CERPEN BARU

Sehelai Benang Seutas Cinta - Penulis : Maria Kajiwa

Stanza Terakhir - Penulis : Farah Husain


NOVEL-NOVEL DIPASARAN


(NOVEL TERBARU) JODOH ATAU CINTA - Iman Nizrina

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.

Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

Penulis : Iman Nizrina
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22

(NOVEL TERBARU) RINDU TERCIPTA - Liyana Zahim

SAAT Anis mengumpul se juta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.

Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya.

Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari. Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim. Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.

Tajuk: Rindu Tercipta
Penulis: Liyana Zahim
Penerbit : Alaf 21
Harga: RM19.90


(NOVEL TERBARU) JINGGA SELEPAS HUJAN - Mira Muskam

Wahai awan, bawalah aliran air matamu pergi dari sini, kerana pelangi sudah datang untuk menceriakan kehidupan dan menghidupkan semula sebuah harapan.

Aryana- pelajar yang hadir dengan pakej tersendiri. Namun di sebalik kecemerlangan yang dikecapinya, tidak ramai yang tahu hidupnya diselubungi kesunyian. Dia tidak pernah merasa apa itu kasih sayang mama dan papa. Dia hilang keyakinan diri dan hidup di dalam dunianya yang tersendiri.

Haikal- dia anak muda yang digilai ramai. Menempuh setiap masa dengan positif dan sempurna. Dia jujur dalam berkata-kata. Dia tenang dalam bicara dan dia juga setia kepada persahabatan yang dibina. Pendek kata, dia ciri jejaka sempurna.

Haikal dan Aryana bertemu dan mengikat janji sebagai sahabat sehidup semati. Namun perasaan yang mula bertunas menjadikan mereka lebih memahami antara satu sama lain. Dalam ketawa ada duka, dalam senyuman ada derita. Liku persahabatan yang dilalui bagai mimpi yang sempurna dan tiada cacat celanya.

Dugaan itu ibarat perisa dalam kehidupan setiap insan. Sempurnanya mimpi Aryana bertukar menjadi igauan yang menakutkan. Mengapa Haikal mahu pergi begitu sahaja tanpa mempedulikannya? Tidak kasihankah Haikal melihat dia mengalirkan air mata duka. Di mana janji persahabatan yang dibina? Hilangkah nyanyian cinta yang didendangkan saban masa? Aryana perlu untuk mengerti, semuanya adalah takdir dalam kehidupan yang realiti.

Tajuk: Jingga Selepas Hujan
Penulis: Mira Muskam
Penerbit : KarnaDya
Harga: RM17.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerpen/Novel - Jld. 1

Cerpen/Novel - Jld. 2

Kekawan

Koleksi Novel Milikku

  • Adam & Hawa (Aisya Sofea - Alaf21)
  • Angin Dingin Dari Utara (Siti Hazneza Abdul Hamid - CESB)
  • Biarlah YM Berbicara (Hanni Ramsul - Kaki Novel)
  • Bukan Cinta Biasa (Izzul Izzati - Kaki Novel)
  • Bukan Terlarang (Nur Hazma - Tintarona)