Ada berita baik untuk penulis cerpen yang berbakat dalam penulisan untuk menyertai Peraduan Menulis Cerpen anjuran Komuniti E-Novel (KNE) bermula dari 1-30 April 2011. Peraduan ini hanya untuk ahli KNE sahaja. Kalau anda merasakan diri anda adalah ahli KNE boleh ler join ini peraduan dan memenangi hadiah2 yang hebat-hebat belaka iaitu :-
HADIAH PERTANDINGAN:
1) TEMPAT PERTAMA: Sebuah novel + RM 50 (dalam bentuk tunai/top up) -Sumbangan MARIA KAJIWA (Janji Julia)
2) TEMPAT KEDUA: Sebuah novel + RM 30 (dalam bentuk tunai/top up) -Sumbangan FARAH HUSSAIN (The Untold Story)
3) TEMPAT KETIGA: 2 buah novel - Sumbangan Zuliana Abuas (Gadis Rimba) dan Nurul Fadzillah (Antasia)
4) TEMPAT KEEMPAT : Sebuah novel- sumbangan Sharina Wirdayu (Waktu Mengukir Rindu)
5) TEMPAT KELIMA : Sebuah novel -Sumbangan Qaseh Qaisara (Jangan Pernah Berubah)
SYARAT PERTANDINGAN:
- Terbuka hanya kepada ahli KEN. Juri tidak dibenarkan mengambil bahagian.
- TEMA : CINTA
-CINTA ada pelbagai jenis cinta. Terbuka kepada apa jenis cinta sekalipun kecuali cinta yang songsang atau sumbang mahram.
3) PANJANG
-MAKSIMA 8 mukasurat Words-Langkau 2 (Double spacing)
4)Tidak ada unsur-unsur negatif dan membangkitkan isu perkauman.
5)Menggunakan Bahasa Malaysia yang baik.
7)Menggunakan EJAAN yang betul.
8)Menggunakan tanda baca yang betul.
9)Mempunyai mesej dan menghiburkan.
10)Mematuhi format cerpen seperti perenggan dan babak.
CARA PENYERTAAN:
1) SIARKAN cerpen anda di blog anda.
2) Letak gambar LOGO Grup KEN di atas cerpen anda.
3)Letak LINK grup KEN di bawah gambar.
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_156266277748013&ap=1
4) Masukkan LINK cerpen anda ke Grup KEN untuk dinilaikan oleh pihak juri.
PIHAK JURI:
Pihak juri terdiri daripada 14 orang penulis yang akan memberi markah berasingan. Mereka terdiri daripada penulis, novelis dan editor.
Markah yang diberikan akan bergantung kepada keupayaan penulis untuk mematuhi tema dan syarat-syarat pertandingan.
KEPUTUSAN akan diumumkan pada 1 hb MAY 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan