Nama Pena: HASRUDI JAWAWI
Genre: Komedi Romantik
Muka Surat: 709
Terbitan: BUKU PRIMA SDN BHD
Editor: Syreena Binti Jamil & Norhawanis Binti. Othman
Sinopsis
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh di hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest! Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu! Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?KONSEP COVER
Cucur bawang: Pertemuan pertama Rudiana dan Iskandar bermula dengan insiden cucur bawang. Ketika itu, Rudiana ala tomboy benar2 lapar dan kesempitan wang, mencuri
cucur bawang di kedai. Ketika melarikan diri itu dia terlanggar seorang lelaki iaitu Iskandar. Selepas kejadian itu, rakannya Rosalinda pelawa bekerja sebagai pengasuh di rumah bosnya.
Ketika mula berkhidmat itulah baru Rudiana perasan majikannya itu sama dgn lelaki yg dia terlanggar. Selama dia menjadi pengasuh pasti cucur bawang dan kopi o dijadikan sarapan pagi.
Seluar jean & kasut: gambaran Rudiana yg merupakan tomboy.
Teddy bear: Gambaran anak Iskandar yg nakal iaitu Maisarah dan Harez. 30 org pengasuh lari krn tdk tahan menjaga mereka. Hanya Rudiana yg mampu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan